Boarding Hari Raya AidilFitri 2017 Full House!

Boarding Hari Raya AidilFitri 2017 Full House!

Boarding Hari Raya AidilFitri 2017 Full House!| Masih sempat lagi kami di ZAPC mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pelanggan yang memilih servis kami kerana masih lagi di bulan Syawal yang mulia. Memandangkan blog ZAPC ini agak lama sunyi tanpa artikel. Mungkin ada pembaca setia yang masih menunggu artikel terkini dari ZAPC. Kami memohon ampun dan maaf kerana terlalu sibuk dengan persiapan tempahan dari pelanggan sedia ada dan pertama kali melalui borang online yang telah kami sediakan sehinggakan blog ZAPC hampir terabai.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang masih setia dan memilih servis ZAPC di Hari Raya AidilFitri 2017 ini. Syarat tempahan boarding Hari Raya AidilFitri 2017, seperti tahun lepas dimana pelanggan akan di kenakan pembayaran deposit RM50.00 bagi membuat tempahan sangkar. Alhamdulillah, sambutan kucing-kucing boarding bagi perayaan tahun ini sangat menggalakkan sehinggakan kami menerima kucing boarding sehingga 40 ekor dan semuanya terkawal seperti yang di rancang sehinggakan ada sesetengah pelanggan membuat keputusan last minit untuk boarding tetapi kami sudah Full House!

Disini kami sempat mengambil gambar anak-anak bulus pelanggan yang menggunakan atau memilih servis boarding semasa musim perayaan Hari Raya AidilFitri 2017 baru-baru ini di Kedai Haiwan Peliharaan dan Aksesori, Zul & Azizi Pets Centre, No.21G, Jalan PUJ 3/4, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 47180 Seri Kembangan, Selangor. Anda boleh melihat sendiri suasana dan gelagat telatah anak-anak bulus yang baru pertama kali menggunakan servis boarding Hari Raya AidilFitri 2017.

Kami juga update di facebook rasmi dan alhamdulillah sokongan dan komen dari pelanggan serta senarai rakan facebook yang terdekat tidak pernah jemu memberi kata-kata semangat kepada kami. Syukur alhamdulillah kami mempunyai rakan facebook yang tidak pernah putus memberikan komen-komen positif. Ini adalah bukti dari pelanggan dan rakan facebook yang memberi komen-komen membina untuk kami.

Semoga anda berpuas hati dengan servis boarding Hari Raya AidilFitri 2017. Anda juga boleh tinggalkan komen atau luahan positif di ruangan artikel ini untuk kami mempertingkatkan lagi mutu servis boarding di masa-masa akan datang nanti. Terima kasih sekali lagi….Peace Uols!

submit newsletter
Subscribe

Leave a Reply